Tuesday, December 25, 2012

Solat Jemaah - Kitab al-`Umm karangan Imam asy-Syafi`e



Didalam Kitab al-`Umm karangan Imam asy-Syafi`e Rahimahumullah Ta`ala memberi komen ,

"Didalam setiap Solat jemaah yang dikerjakan oleh seseorang, baik dirumahnya atau di masjid kecil atau besar, sedikit jemaahnya atau banyak, maka hal itu telah memadai."

-Ini bermaksud solatlah berjemaah walaupun hanya sedikit bilangannya walaupun hanya dirumah. Menunjukkan betapa pentingnya untuk berjemaah.

Berkata Imam Syafi`e Rahimahumullahu Ta`ala bahawasanya diriwayatkan dari Ibnu Umar pernah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ;

"Solat jemaah lebih utama dua puluh darjat daripada solat bersendirian." - Hadis Riwayat Imam al-Bukhari , no. 1038 kitab Shahih al-Bukhari, bab Keutamaan Solat Jemaah.

Imam Syafi`e rahimahumullahu Ta`ala berkata lagi : Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Solat bersama Imam itu lebih utama dua puluh lima kali berbanding solat yang dilakukan sendirian." - Hadis Riwayat Bukhari , no. 1037 kitab Sahih al-Bukhari , bab keutamaan Solat Jemaah.


Imam Syafi`e berkata lagi , "Tiga orang atau lebih apabila salah seorang telah dimami oleh salah satunya, maka telah dianggap berjemaah. Aku berharap agar apabila ada dua orang, salah satu daripadanya mengimami yang lain. Tidak aku sukai seseorang yang meninggal jemaah meskipun dikerjakan hanya bersama dengan isteri, budak(hamba) , ibu atau sebahagian anaknya dirumah kerana sesungguhnya solah berjemaah adalah apabila mereka yang melaksanakan solat dipimpin oleh seseorang."

Katanya lagi, "Apabila seseorang menjadi imam kepada seseorang, maka hal ini disebut solat berjemaah. Setiap kali jumlah jemaah semakin banyak maka hal itu lebih aku gemari dan memiliki keutamaan. Insya-Allah."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh berjemaah! Insya Allah, Allah akan menambah rahmat-Nya keapda kita.

Friday, November 30, 2012

Kisah-Kisah "Takjub" Membodohkan Umat Islam.

                   Cerita-cerita hebat sudah pasti menggegarkan hati kita. Pelbagai cerita yang 'ala-ala' gempak sering membuatkan kita berasa terkejut lantas memperbaiki iman serta memperbaiki diri. Tapi tahukah kita apakah yang sifat akan tentang cerita-cerita seperti ini?

                   Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lebih dikenali sebagai Dr. MAZA) memberi komen bahawa cerita-cerita seperti ini melawan fakta serta melanggar Sunnah alam seterusnya "membodohkan" umat Islam. Ini adalah kerana cerita-cerita ini berasaskan fakta dan ilmu yang tidak pasti , diatas khabar-khabar angin manusia sahaja dan lebih bersifat ingin menyerupai mu`jizat para rasul terdahulu.

                       Beliau juga turut memberi komen bahawa mu`jizat para Rasul yang terdahulu dari baginda Nabi Muhammad SAW memang mempunyai sifat takjub tetapi jangka hayat keberkesanannya bersifat singkat kerana para rasul yang terdahulu tidak diturunkan untuk seluruh manusia hingga ke akhir zaman seperti baginda Rasulullah SAW.

                     Sebagai langkah memperbetulkan perkara ini dari minda masyarakat Islam , beliau menggesa agar cerita-cerita sebegini dikaji dahulu akan kesahihannya serta menggesa para Muslimin menghentikan dari bercerita dan terus menyebar perkara seperti ini kepada generasi muda sekarang dan akan datang.

Ikuti video dibawah untuk dari penerangan Dr. Asri tentang ini :




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Menang dan kalah biarlah kita berjalan diatas fakta!

Wednesday, October 31, 2012

Qasidah.

Qasidah Imam al-Haddad : Qod Kafani. Tenang. Sayup. 
Insya-Allah , hati jadi tenteram. Jom layan.


Translation in Malay for the whole video (noted that this translation is not 100% accurate as Arabic terms had deeper meaning , but it should give you the general idea) :

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah ,
 Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah , 
atas segala dosaku.

Telah cukup bagiku ilmu Tuhanku ,
didalam persoalan dan pilihan daku.

Maka doaku serta permintaan daku yang tiada henti  ,
Bukti akan kelemahan serta kekurangan diriku.

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.


Atas sebab rahsia (tentang kelemahan dan kekurangan) itu ,
aku memohon kepada-Mu,
Disaat daku senang mahupun susah.

Aku hanyalah hamba, menjadi kemuliaanku (untuk memohon kepada-Mu),
atas kelemahan daku serta keperluan yang ada padaku.

atas kelemahan daku serta keperluan yang ada padaku.

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.


Maka, telah cukup bagiku ilmu Tuhanku , 
didalam persoalan dan pilihan daku.


Ya Tuhanku , Yang Memiliku,
Hanya Engkau ketahui akan keadaan diriku.

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.

Dan apa yang bersemadi didalam jiwaku ini ,
(dari)  kesedihan juga kelalaian,

Tolonglah daku dengan kelembutan-Mu ,
wahai Raja Segala Raja.

Dari-Mu, wahai Raja Segala Raja.


Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.

Luahan Seorang Pemuda

Pada pukul 1.14  pagi pada 1 November , saya telah terjumpa satu video yang dishare oleh seorang rakan yang sangat prihatin akan kondisi Iman kita.


                 
Video ini menceritakan bagaimana seorang pemuda yang menceritakan tentang keadaan dan situasi dirinya yang berasa terhimpit dengan dunia yang sering menariknya kearah Maksiat. Dia mempersoalkan mengapa hampir segala perkara yang berada didunia ini lebih memudahkan Syaitan bermain-main dengan Imannya dan lebih membawa kepada maksiat berbanding ibadat.

Maka dia mempersoalkan , kemanakah dah sejauh manakah dia bakal selama didunia ini jikalau tiada dakwah didirikan. Watch it and think about it.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tatkala disituasi seperti ini , apakah sumbangan yang kita mampu hulurkan pada dunia?  Ya Allah , bantulah hamba-Mu sekalian didalam menjauhi maksiat dan mendekati ibadat.

Friday, September 21, 2012

4 persoalan. 1 jawapan.




Setiap keputusan yang kita lakukan hendaklah berpaksi pada jalan yang benar.
Maka sering2 kita persoalkan , adakah kita masih lagi berada dijalan-Nya?


Harta. Ya , semua manusia bekerja untuk mencari nafkah , mencari harta. Namun,
sedarkah kita bahawa ianya juga adalah ujian dari Yang Maha Kaya?


Diri ini amat mudah terleka , amat mudah terpedaya.
Dzikrullah, itulah pengubat hati yang alpa. Cuma persoalannya, 
seringkah kita untuk berdzikir kepada-Nya?


Kalamullah , al-Qur`an al-Karim.
Pembimbing kita , pedoman hidup kita dari sebarang kesesatan serta kelalaian. 
Persoalannya, kerapkah kita didalam membacanya ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jikalau setiap persoalan diatas dijawab dengan , "Ya." ,  maka syukurlah dan istiqamahlah. 
Jika tidak , perbaikilah dan perbanyakkanlah. Sesungguhnya , Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.