Tuesday, December 25, 2012

Solat Jemaah - Kitab al-`Umm karangan Imam asy-Syafi`e



Didalam Kitab al-`Umm karangan Imam asy-Syafi`e Rahimahumullah Ta`ala memberi komen ,

"Didalam setiap Solat jemaah yang dikerjakan oleh seseorang, baik dirumahnya atau di masjid kecil atau besar, sedikit jemaahnya atau banyak, maka hal itu telah memadai."

-Ini bermaksud solatlah berjemaah walaupun hanya sedikit bilangannya walaupun hanya dirumah. Menunjukkan betapa pentingnya untuk berjemaah.

Berkata Imam Syafi`e Rahimahumullahu Ta`ala bahawasanya diriwayatkan dari Ibnu Umar pernah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ;

"Solat jemaah lebih utama dua puluh darjat daripada solat bersendirian." - Hadis Riwayat Imam al-Bukhari , no. 1038 kitab Shahih al-Bukhari, bab Keutamaan Solat Jemaah.

Imam Syafi`e rahimahumullahu Ta`ala berkata lagi : Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Solat bersama Imam itu lebih utama dua puluh lima kali berbanding solat yang dilakukan sendirian." - Hadis Riwayat Bukhari , no. 1037 kitab Sahih al-Bukhari , bab keutamaan Solat Jemaah.


Imam Syafi`e berkata lagi , "Tiga orang atau lebih apabila salah seorang telah dimami oleh salah satunya, maka telah dianggap berjemaah. Aku berharap agar apabila ada dua orang, salah satu daripadanya mengimami yang lain. Tidak aku sukai seseorang yang meninggal jemaah meskipun dikerjakan hanya bersama dengan isteri, budak(hamba) , ibu atau sebahagian anaknya dirumah kerana sesungguhnya solah berjemaah adalah apabila mereka yang melaksanakan solat dipimpin oleh seseorang."

Katanya lagi, "Apabila seseorang menjadi imam kepada seseorang, maka hal ini disebut solat berjemaah. Setiap kali jumlah jemaah semakin banyak maka hal itu lebih aku gemari dan memiliki keutamaan. Insya-Allah."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh berjemaah! Insya Allah, Allah akan menambah rahmat-Nya keapda kita.

Friday, November 30, 2012

Kisah-Kisah "Takjub" Membodohkan Umat Islam.

                   Cerita-cerita hebat sudah pasti menggegarkan hati kita. Pelbagai cerita yang 'ala-ala' gempak sering membuatkan kita berasa terkejut lantas memperbaiki iman serta memperbaiki diri. Tapi tahukah kita apakah yang sifat akan tentang cerita-cerita seperti ini?

                   Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lebih dikenali sebagai Dr. MAZA) memberi komen bahawa cerita-cerita seperti ini melawan fakta serta melanggar Sunnah alam seterusnya "membodohkan" umat Islam. Ini adalah kerana cerita-cerita ini berasaskan fakta dan ilmu yang tidak pasti , diatas khabar-khabar angin manusia sahaja dan lebih bersifat ingin menyerupai mu`jizat para rasul terdahulu.

                       Beliau juga turut memberi komen bahawa mu`jizat para Rasul yang terdahulu dari baginda Nabi Muhammad SAW memang mempunyai sifat takjub tetapi jangka hayat keberkesanannya bersifat singkat kerana para rasul yang terdahulu tidak diturunkan untuk seluruh manusia hingga ke akhir zaman seperti baginda Rasulullah SAW.

                     Sebagai langkah memperbetulkan perkara ini dari minda masyarakat Islam , beliau menggesa agar cerita-cerita sebegini dikaji dahulu akan kesahihannya serta menggesa para Muslimin menghentikan dari bercerita dan terus menyebar perkara seperti ini kepada generasi muda sekarang dan akan datang.

Ikuti video dibawah untuk dari penerangan Dr. Asri tentang ini :




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Menang dan kalah biarlah kita berjalan diatas fakta!

Wednesday, October 31, 2012

Qasidah.

Qasidah Imam al-Haddad : Qod Kafani. Tenang. Sayup. 
Insya-Allah , hati jadi tenteram. Jom layan.


Translation in Malay for the whole video (noted that this translation is not 100% accurate as Arabic terms had deeper meaning , but it should give you the general idea) :

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah ,
 Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah , 
atas segala dosaku.

Telah cukup bagiku ilmu Tuhanku ,
didalam persoalan dan pilihan daku.

Maka doaku serta permintaan daku yang tiada henti  ,
Bukti akan kelemahan serta kekurangan diriku.

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.


Atas sebab rahsia (tentang kelemahan dan kekurangan) itu ,
aku memohon kepada-Mu,
Disaat daku senang mahupun susah.

Aku hanyalah hamba, menjadi kemuliaanku (untuk memohon kepada-Mu),
atas kelemahan daku serta keperluan yang ada padaku.

atas kelemahan daku serta keperluan yang ada padaku.

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.


Maka, telah cukup bagiku ilmu Tuhanku , 
didalam persoalan dan pilihan daku.


Ya Tuhanku , Yang Memiliku,
Hanya Engkau ketahui akan keadaan diriku.

Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.

Dan apa yang bersemadi didalam jiwaku ini ,
(dari)  kesedihan juga kelalaian,

Tolonglah daku dengan kelembutan-Mu ,
wahai Raja Segala Raja.

Dari-Mu, wahai Raja Segala Raja.


Aku memohon ampun kepada-Mu , ya Allah , 
Tuhan Segala Ciptaan.
Aku memohon kepada-Mu , ya Allah ,
 atas segala dosaku.

Luahan Seorang Pemuda

Pada pukul 1.14  pagi pada 1 November , saya telah terjumpa satu video yang dishare oleh seorang rakan yang sangat prihatin akan kondisi Iman kita.


                 
Video ini menceritakan bagaimana seorang pemuda yang menceritakan tentang keadaan dan situasi dirinya yang berasa terhimpit dengan dunia yang sering menariknya kearah Maksiat. Dia mempersoalkan mengapa hampir segala perkara yang berada didunia ini lebih memudahkan Syaitan bermain-main dengan Imannya dan lebih membawa kepada maksiat berbanding ibadat.

Maka dia mempersoalkan , kemanakah dah sejauh manakah dia bakal selama didunia ini jikalau tiada dakwah didirikan. Watch it and think about it.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tatkala disituasi seperti ini , apakah sumbangan yang kita mampu hulurkan pada dunia?  Ya Allah , bantulah hamba-Mu sekalian didalam menjauhi maksiat dan mendekati ibadat.

Friday, September 21, 2012

4 persoalan. 1 jawapan.




Setiap keputusan yang kita lakukan hendaklah berpaksi pada jalan yang benar.
Maka sering2 kita persoalkan , adakah kita masih lagi berada dijalan-Nya?


Harta. Ya , semua manusia bekerja untuk mencari nafkah , mencari harta. Namun,
sedarkah kita bahawa ianya juga adalah ujian dari Yang Maha Kaya?


Diri ini amat mudah terleka , amat mudah terpedaya.
Dzikrullah, itulah pengubat hati yang alpa. Cuma persoalannya, 
seringkah kita untuk berdzikir kepada-Nya?


Kalamullah , al-Qur`an al-Karim.
Pembimbing kita , pedoman hidup kita dari sebarang kesesatan serta kelalaian. 
Persoalannya, kerapkah kita didalam membacanya ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jikalau setiap persoalan diatas dijawab dengan , "Ya." ,  maka syukurlah dan istiqamahlah. 
Jika tidak , perbaikilah dan perbanyakkanlah. Sesungguhnya , Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saturday, September 15, 2012

Dosa besar vs Dosa Kecil.



Dosa. Siapa sahaja tidak mahu melakukan sebarang dosa. Namun apakah itu dosa? Bagaimanakah ingin kita kelaskan sesuatu itu sebagai dosa yang berat(besar) atau dosa yang kecil? Malah persoalannya , wujudkah terma "dosa besar dan dosa kecil" , atau dosa semuanya sama?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pertama sekali , apakah itu dosa?

Maksud dosa ialah “Setiap perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang disuruh-Nya atau melakukan apa yang ditegah-Nya.”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Namun apakah taraf setiap dosa itu sama? Atau ianya terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil?

Sebahagian ulamak tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah besar belaka sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata;

كُلُّ مَاْ نَهَى اللهُ عَنْهُ فَهُوَ كَبِيْرَةٌ

“Setiap yang dilarang/ditegah Allah adalah besar”. 
-Riwayat Imam at-Thabrani 

Namun begitu, mengikut pandangan majoriti ulamak, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Pandangan majoriti ulamak inilah yang menepati al-Quran dan hadis kerana Allah berfirman;

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. 
-An-Nisa’ : 31 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda;

اَلصَّلَوَاْتُ الْخَمْسُ وَ الْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَاْنَ إِلَى رَمَضَاْنَ مُكَفِّرَاْتُ مَاْ بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَاْئِرُ

“Solat lima waktu, solat jumaat hingga jumaat berikutnya dan ramadhan hingga ramadhan berikutnya menjadi penebus dosa-dosa (kecil yang berlaku) di sela-sela waktu tersebut selama dijauhi dosa-dosa besar”.
-Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tarmizi dari Abi Hurairah r.a. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Jadi apakah tanda-tanda dosa besar? Apakah contohnya?

Menurut Imam Ibnu Solah; “Tanda-tanda dosa besar antaranya ialah;[2]

1. Diwajibkan hukuman hudud ke atasnya seperti dosa berzina, minum arak, qazaf, mencuri dan sebagainya.

2. Di ancam ke atasnya dengan azab neraka atau sebagainya di dalam al-Quran atau as-Sunnah seperti dosa menyelewengkan harta anak yatim (rujuk surah an-Nisa’, ayat 10), dosa lari dari medan peperangan (rujuk; surah al-Anfal, ayat 16), tidak mengeluarkan zakat, tidak menunaikan solat, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

3. Disifatkan orang-orang yang melakukannya sebagai fasiq.

4. Dilaknat orang-orang yang melakukannya seperti dosa makan riba, dosa rasuah, dosa lelaki yang meniru gaya perempuan.

Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan yang artinya

“Jauhilah tujuh dosa besar, para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa sajakah dosa-dosa besar itu?” Nabi bersabda 1. Menyekutukan Allah (Syirik), 2. melakukan sihir, 3. membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali dengan cara yang hak, 4. memakan harta riba, 5. makan harta anak yatim, 6 keluar dari medan perang karena takut kepada musuh, 7. menuduh zina kepada wanita mukminat yang telah bersuami. 
-Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Antara contoh yang lain ialah :
1. Kufur (Kafir)
2. Munafiq
3. Fasik
4. Syirik
5. Membunuh
6. Durhaka kepada kedua orang tua
7. Zina
8. Menuduh zina terhadap wanita yang baik-baik
9. Memakan makanan yang diharamkan oleh Allah SWT
10. Minum arak
11. Mencuri, merompak dan menganiaya orang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Bagaimana pula dengan dosa kecil? Apakah contohnya?

Dosa-dosa kecil, ia adalah dosa-dosa atau kesalahan yang di bawah tahap atau batasan dosa-dosa besar tadi.

Contoh dosa kecil :
Melihat kepada bukan mahram, suka berbalah atau bertengkar, membuang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya, bercakap di dalam masjid dengan perkara-perkara dunia semata-mata dan sebagainya.

Walaupun begitu dosa ini dianggap kecil, namun Rasulullah SAW tetap meberi amaran tentang dosa kecil ini. 

Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ

“Awasilah kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar)”. 
-Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Mas’ud r.a.

Juga, dalam keadaan tertentu dosa kecil akan berpindah menjadi dosa besar. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin telah menjelaskan enam sebab suatu dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar, iaitu:

1.Berterus-terusan melakukannnya.

2.Memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan.

3.Gembira, bangga dan seronok apabila dapat melakukan dosa sehingga ia merasakan bahawa ia dapat melakukan dosa itu merupakan suatu nikmat. Ia lupa bahawa dosa adalah penyebab kepada kecelakaan.

4.Memandang remeh apabila Allah menutup dosanya dan menangguhkan pembalasan terhadapnya.

5.Melakukan dosa dan kemudian menyebut-nyebutnya di hadapan orang lain, atau melakukan dosa berterang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu sedikitpun.

6.Orang yang melakukan dosa kecil itu adalah orang alim. 

-Wallahu'alam-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Sumber penulisan dan ilmu: Ustazah Fadhilah Sharifah.-

Tuesday, September 11, 2012

al-Fitnah : Definisi dan penggunaan.


Bismillahirrahmanirahim...

"Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. " - al-Baqarah : 191

Ayat ini memang cukup terkenal dikalangan masyarakat Muslim disekitar Malaysia. Menggunakan ayat al-Qur'an ini didalam memberi amran tentang bahayanya dosa memfitnah pihak lain memang tidak lari dari segelintir remaja muda yang giat berdakwah. Tapi benarkah fitnah didalam ayat ini bermaksud fitnah yakni menuduh? Ini komen Ust. Abu Yuseof Hashim al-Maranji mengenai isu tafsiran ayat ini dan selanjutnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FITNAH MENURUT AL-QURAN
1. Fitnah bermaksud Syirik.

Firman Allah :

والفتنة أشد من القتل
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة

“Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (193 : al-Baqarah)

والفتنة اكبر من القتل

“dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh.” (217 : al-Baqarah)

2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.

Firman Allah:

وفتناك فتونا

“Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar.” (40 : Toha)

ولقد فتنا الذين من قبلهم

“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)

3. Fitnah bermaksud seksa

Firman Allah:

إن الذين فتنوا المؤمنين والمؤمنات
“Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan … “

Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.

4. Fitnah bermaksud dosa.

Firman Allah:

ومنهم من يقول ائذن لي ولا تفتني ألا في الفتنة سقطوا

“Dan sebahagian mereka ada yang berkata “izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang).” (49 : at-Taubah)

5. Fitnah bermaksud kekufuran.

Firman Allah:

لقد ابنغوا الفتنة
“Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)

Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali imran.

6. Fitnah bermaksud pembunuhan dan kebinasaan.

Firman Allah:

إن خفتم أن يفتنكم الذين كفروا
“Sekiranya kamu takut orang-orang kafir membunuh kamu.” (101 : an-Nisa)

Begitu juga fitnah pada ayat 83 surah Yunus.

7. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar.

Firman Allah:

واحذرهم أن يفتنوك
“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” ( 49 : Maidah)

Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.

8. Fitnah bermaksud sesat.

Firman Allah :

ومن يرد الله فتنته
“Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah)

Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.

9. Fitnah bermaksud alasan.

Firman Allah :

ثم لم تكن فتنتهم إلا أن قالوا والله ربنا ما كنا مشركين
“kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (23 : al-An’am)

Sebahgian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.

10. Fitnah bermaksud gila

فستبصر ويبصرون بأيكم المفتون
“Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila.” (6 : al-Qalam)

-------------------------------------- ------------------------------------------------------------------------------
FITNAH MENURUT HADIS

1. Fitnah bermaksud perselisihan dan peperangan

Nabi saw bersabda:

ستكون فتن القاعد فيها خير من القائم
“Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hr Bukhari dan Muslim)

2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan

Nabi saw bersabda:

فاتقوا الدنيا واتقوا النساء فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء
“Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula2 menimpa bani Israel adalah wanita.” (Hr Muslim)

3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan.

Hadis Nabi saw:

وإن كان ليسمع بكاء الصبي فيخفف مخافة ان تفتن أمه
“Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya.” (Hr Bukhari)

4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan

Nabi saw bersabda:

كان الرجل يفتن في دينه إما قتلوه وإما يعذبونه
“Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya.” (Hr Bukhari)

5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi saw bersabda:

إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (Hr Ibnu Majah)

6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.

Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:

إن الأعداء قد بغوا علينا إذا أرادوا فتنة أبينا
“Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan. (Hr Bukhari dan Muslim)

7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama

Nabi saw bersabda kepada Muaz ra:

يا معاذ أفتان أنت؟
“Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?” (Hr Bukhari dan Muslim)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Bagi saya penggunaan ayat 191 surah al baqarah bagi merujuk kpd fitnah dalam pengertian orang melayu adalah kurang tepat. Istilah yang digunakan oleh Al-Qur’an untuk menunjukkan perbuatan buruk menuduh dan menburukkan orang lain tanpa asas bertujuan untuk menjatuhkan atau merosakkan nama baik orang lain adalah kalimah ifkun spt Firman Allah SWT,

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. ” - An-Nur :11

Ifkun bermaksud berita bohong. Dalam konteks ayat ini, berita bohong itu adalah tuduhan-tuduhan keji terhadap Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha.

Ayat inilah yang sewajarnya digunakan dalam mengekang perbuatan fitnah secara umum mengikut konteks kita di Malaysia. Manakala perbuatan tuduhan zina/liwat, ayat 4 surah An-Nur dijadikan dalil [Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik]. Begitu juga dalam kes-kes yang lain. Wallahu `Alam. " - Ust. Abu Yusoef Hashim al-Maranji

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tafsir dan terjemahan adalah dua perkara yang berbeza, selalulah kita waspada akannya. Insya Allah.

Saturday, September 1, 2012

Pandangan yang pelbagai : - Kulit Khinzir

I do not own any of these statement. I can't take credit on all these knowledge that Ust. Abu Yuseof Hashim al-Maranji had poured to every one in a group called Majlis Ilmu about the above topic. Read it at your own. (It's a long post.)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Umat Islam berijmak mengikut pandangan mujtahidin bahawa daging khinzir (babi) adalah haram untuk dimakan seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Mundhir dalam bukunya "Kitab al-Ijmak”( Al-Husni, Kifayatul Ahyar, Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam al-Qur'an, (surah al-An'am : ayat 145),

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa daging khinzir adalah haram untuk dimakan. Para ulamak juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari khinzir seperti tulang, kulit, lemak dan juga darahnya adalah haram untuk dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri sahaja yang mengatakan anggota selain daging khinzir adalah halal dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah pendapat yang syaz (ganjil) dan tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat Islam.

(Nota: Ibn Hazm al-Zahiri adalah pengasas Mazhab Zahiri yang tidak berkembang kerana tidak ada pengikutnya yang mengembangkan fahaman beliau. Beliau mengambil dan mentafsirkan ayat al-Qur’an mengikut lafaz zahir tanpa takwil)

Para ulamak Islam juga ittifaq (bersepakat) tentang kenajisan daging khinzir dan juga segala yang bersumberkan khinzir. Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis mughallazah ataupun mutawassitah. Yang keduanya, cara bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini bergantung kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga berkhilaf samada kulit khinzir, rambutnya dan juga tulangnya dan mana-mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur atau tanah liat atau dengan benda yang tajam).

Jumhur ulamak berpendapat ianya tergolong dalam najis mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti kenajisan darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis mughallazah yang sama sifat kenajisannya dengan anjing yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan dengan air tanah . Pendapat inilah yang menjadi pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan juga yang bersependapat dengan al-Nawawi(Al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut: Dar al-Kutub al'Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. I, m.s. 138).

Mengenai isu penggunaannya pula, jumhur ulamak melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun mutawasitah). Bagi sebilangan ulamak Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syawkani, mereka melihat tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya jika ianya telah melalui proses dibagh.

Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang menjadi satu bebanan kepada umat Islam di Malaysia dan juga dalam sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya antara kaum di Malaysia.

Ijtihad Imam Syafie yang menqiyaskan kenajisan khinzir dengan kenajisan anjing dengan kaedah 'qiyas awla'nya (Al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Makrifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Qur'an wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami' ai-Sahih" atau sahih Muslim, Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-Arabi,jil. 1 m.s. 161), maka khinzir yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Qur'an lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.

Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan khinzir adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.

Bagi jumhur (majoriti) umat Islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata-mata untuk anjing dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging khinzir (surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging khinzir yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya. Persoalannya mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai bersama anjing dan khinzir sebagai najis mughallazah?

Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara menyucikan bijana yang dijilat kucing dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun digolongkan dalam najis mughallazah juga?

Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam persoalan cara menyucikan najis khinzir adalah tidak kuat dan tidak konsisten. Terdapat juga di kalangan imam mujtahid dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan khinzir adalah cukup sekadar basuhan sahaja sepeti najis-najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al-Nawawi (Al-Nawawi, op.cit ,jil. 4, m.s.604). Pendapat beliau ini adalah sama seperti pendapat majoriti umat Islam dan amat bertepatan dengan dalil.

Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab Syafie termasuklah majoriti umat Islam di Malaysia amat berpegang kuat dengan pendapat Imam Syafie yang amat ganjil ini. Dalam keadaan kehidupan bersama rakyat berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir ke negara di mana umat Islam adalah minoriti doktrin ini amat membebankan umat Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan semakin menjauhkan bukan Islam dari Islam, malah di kalangan umat Islam sendiri pun akan jauh dari Islam kerana doktrin ini.

Ketika saya menjadi Pengerusi Syarikat Halagel Sdn Bhd (semasa masih menjadi anak syarikat TDM Terengganu), saya melihat laporan penglibatan Pengurusan Halagel bersama pegawai JAKIM menyamak kilang di Mongolia bertujuan mengeluarkan kapsul gelatin halal melalui ‘contract manufacturing’ di sana. Oleh kerana pihak mereka mahukan peluang perniagaan, mereka mengikut kehendak kita tapi memelikkan mereka kerana semua kita samak. Difahamkan kerjanya agak rumit dan boleh merosakkan peralatan kilang yang sensitif dengan air dan tanah.

Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal dengan keluarganya. Sering kita dengar suara-suara sumbang yang menyuruh saudara-saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya, doktrin perihal khinzir ini mengatakan mereka tidak boleh makan di rumah kerana pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan khinzir, maka dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan khinzir, maka dia tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak boleh digunakan lagi kerana ada kesan khinzir, pendek kata jika seseorang itu masuk Islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai orang bukan Islam ingin memeluk Islam!

Pengalaman saya ketika membantu 2 gadis Cina dan seorang pemuda India untuk memeluk Islam…masalah dia orang terpaksa berpisah dengan keluarga dan tak dapat berdakwah kepada mereka untuk memahami dan memeluk Islam. Ada insiden yang menyebabkan bermasam muka dengan ibu bapa.

Contoh yang lebih teruk lagi jika golongan yang mendokong doktrin ini ke negara majoriti bukan Islam yang kuat makan khinzir seperti Filipina, Jepun, Korea, Taiwan, Jerman dan negara - negara seumpamanya. Yang pasti mereka tidak akan boleh duduk di kantin, mereka tidak boleh makan di kedai-kedai makan walaupun mereka tidak memakan khinzir, mereka tidak boleh tinggal di rumah sewa kecuali selepas disamak, mereka tidak boleh menziarahi rakan-rakan mereka yang bukan muslim dan akhimya mereka hanya akan menjauhkan manusia-manusia lain dari Islam itu sendiri. Relevan lagikah ijtihad al-Syafie yang semata-mata merupakan pandangan peribadinya sahaja yang boleh jadi salah?

Perbincangan ini tidak seharusnya diambil sebagai pegangan kepada kita yang bermazhab Syafie kerana siapalah kita yang hanya bertaraf ‘muqallid’ (pengikut) jauh dari mencapai taraf Mujtahid Mutlaq seperti Imam Syafie. Cuma kita meminta para mufti yang arif untuk membincangkan semula isu ini kerana sebagai para ilmuwan mereka tidak sepatutnya menjadi muqallid tetapi menjadi mujahid mengikut kadar kemampuan walaupun tidak mencapai taraf mujtahid mutlaq. Saya cukup berhati-hati dalam bab hukum kerana ia membabitkan soal dosa pahala. Tulisan ini cuma membuat pendedahan tentang pandangan para ulamak mujtahid, selebihnya kena merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab. Nokhtah.

Persoalan ini memerlukan jawapan segera terutamanya daripada kalangan ustaz-ustaz generasi baru yang telah terdedah kepada pembelajaran "Fiqh Muqarin" dan berfikiran terbuka. Penyelesaian segera demi menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada terus dibebani dan disusahkan dengan doktrin ini.

Isu ini sangat sensitif tetapi kita perlu membuka minda untuk tujuan perbincangan ilmiah kerana masalah fiqh adalah sesuatu yang boleh berubah berdasarkan keadaan dan suasana. Sebab itulah Syafie sendiri mempunyai qaul qadim dan juga qaul jadid. Artikel ini bukan satu fatwa tetapi satu lontaran minda dan jauh sekali dari memperlekehkan pandangan Imam Syafie (siapa kita kalau nak dibandingkan dengan Imam Syafie yang mujtahid, keturunan Rasulullah SAW), tetapi lebih kepada perbandingan antara Mazhab dan cuba mendapatkan pandangan yang paling rajih. Kalau dalam bab muamalat, di Malaysia tidak banyak berpegang kepada pandangan Syafie kerana sifat berhati-hati Imam as-Syafie dalam berhukum. Banyak produk dalam pasaran Islam mengambil pandangan mazhab lain...Di sinilah perlu para ulamak di Malaysia bermuzakarah atas persoalan yang dilontar berkenaan isu khinzir (babi) sebagaimana dalam hal kanun keluarga yang tidak mengikut as-Syafie 100%. Islam itu mudah dan tidak memberatkan tetapi tidak boleh diambil mudah dan ringan. Saya yang faqir dari kerdil ini banyak membuat kajian perbandingan mengenai mazhab dalam kertas-kertas kerja untuk pegajian syariah...cukup menarik bagaimana para ulamak beristinbat (takhrij) sesuatu hukum. Bagi tahap ilmu yang ada pada saya, diri ini belum mampu untuk mencapai taraf mufti apa lagi untuk menidakkan kehebatan as-Syafie. Apa pun sesuatu pandangan adalah hak seseorang tetapi perlu menilai sejauh mana ilmu kita sehingga kita mampu untuk berfatwa. Saya hanya mampu untuk menukilkan pandangan imam dan mazhab lain. Wallahu'alam " - Ust. Abu Yuseof Hashim al-Maranji
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu ini disentuh oleh Ustaz apabila seorang dari ahli group Majlis Ilmu itu bertanya tentang kenyataan Dr. Asri berkenaan kulit khinzir. Allahu'alam.

Saturday, August 25, 2012

Tabarruj berlebihan.


Salam. Oleh kerana fenomena tudung pelbagai rupa menjelma, saja je nak share. Tapi, diri ni tak reti nak explain , sbb ilmu tak banyak. Senang cerita layan video Ustaz Azhar ni. Jom layan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat yang dibca oleh Ust. Azhar Idrus itu dipetik dari Surah al-Ahzab, ayat ke-33.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu bertabarruj seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu..." -al-Ahzab : 33

Thursday, July 19, 2012

Koleksi beberapa potong , Hadis , Kalamullah , serta kata-kata. (Bahagian 2)



1. Dan mereka yang jahil ialah musuh kepada para ulama. - Saiyidina Ali Karamallahu Wajhah




2. Imam Syafie Rahimahumullah berkata : "Kamu tidak akan dapat ilmu kecuali dengan 6 perkara:1- kepintaran 2- keinginan 3- kesungguhan 4- zuhud 5- melazimi guru 6- tempoh masa yg lama




3. Hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati.




4. Sabda baginda SAW: "Beruntunglah orang yang menjumpai catatan amalnya banyak diisi dengan istighfar." - Hadis Riwayat Ibnu Majah




5. Berkata Abdullah bin Mubarak rahimahullah:“Barangsiapa yang merendahkan para ulama maka hilang akhiratnya, dan siapa yang merendahkan penguasa maka hilang dunianya, dan siapa yang merendahkan saudaranya maka hilang harga dirinya.”




6. Titisan air mata yang keluar dari mataku kerana takut kepada Allah lebih aku sukai daripada aku bersedekah seribu dinar- 'Amr bin al 'Ash - Jawahir shifatis shofwah




7. Sesungguhnya tingkatan kewajiban yang paling kecil atas seseorang yang diberi nikmat adalah tidak menjadikan nikmat tersebut sebagai jambatan (penyebab) untuk bermaksiat kepada Allah Ta'ala. - Saiyidatina 'Aishah RA.




8. Sabda Nabi Muhammad SAW : "Seorang Muslim yang sebenar ialah orang yang membuatkan Muslim yang lain berasa selamat dan aman daripada (kejahatan yang dilakukan) lidah dan tangannya" - Hadis Riwayat Bukhari




9. "Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." - al-An'am : 70'




10. Sabda Baginda SAW : "Tidak akan lurus iman seorang hamba sehingga lurus pula hatinya , tidak lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya"- Hadis Riwayat Ahmad




11. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). - Surah Qaf : 18-Jaga perkataan , jaga percakapan , maka terjaga perasaan-




12." Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk akhlaknya serta kotor lidahnya (tutur katanya)" - Hadis Riwayat at-Tirmizi




13. "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bertutur kata-kata keji kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan yang menyebarkan kekejian" - Hadis Riwayat al-Hakim dan Ibn Hibban




14.Sabda baginda SAW : "Hendaklah kamu semua berskap jujur , kerana jujur itu membawa kepada kebaikan , dan kebaikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang selalu jujur dan mencari kejujuran akan ditulis oleh Allah sebagai orang yang jujur"- Hadis Riwayat Bukhari




15. If we die, the Earth will still orbit the Sun. If we die, the Sun will still rise and set without fail every morning and evening. If we die, the Moon will still shine with glory without any flaws. If we die, the River will not stop from flowing to the Ocean with passion. If we die, the Sea will still have its breeze and wave that provide calmness into our minds. Just how insignificant ourselves in this world? Then , why are we being so arrogant to the Creator? Think. Think twice. Think again.




16. (Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. - Al-Baqarah : 112




17. Sabda Rasulullah SAW : “Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah” - Hadith Riwayat Abu Daud




18. Jangan berlari sebelum dapat berjalan , jangan berjalan sebelum dapat berdiri. Begitu juga pada cinta. Jangan mencintai manusia sebelum kita mencintai Allah Azza WaJalla.




19. Baginda SAW bersabda: "Allah tidak melihat rupa kamu mahupun pada harta benda kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu " - Hadis Riwayat Muslim.




20. Mencari cahaya didalam gelap adalah fitrah manusia. Begitu juga ketika kita jahil , maka mencari ilmu sudah menjadi fitrah. Begitu juga dengan iman, maka mencari iman dan Allah ketika kita sesat itu suatu fitrah. Tidak berlaku ini, maka kita melawan fitrah , kerana iman itu fitrah manusia.-Wallahu'alam-




21. "Jangan gunakan ketajaman ucapan anda pada ibu yang mengajar anda bagaimana untuk bercakap." - Ali Ibn Abi Talib Karamallahu Wajhah




22. Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. - Hadis Riwayat Muslim




23. Nabi Muhammad SAW bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” - Hadis Riwayat Bukhari




24. Kejahatan orang 'alim sememangnya tidak ditiru , akan tetapi kebaikannya yang banyak jangan pula dilupakan. - Imam az-Zahabi




25. Mengumpat ada tika yang dibolehkan. Imam al-Ghazali kata ianya dibolehkan apabila :1- Ingin mendapatkan keadilan.2- Memberi tazkirah agar diambil sebagai iktibar.3- Mendapatkan pendapat utnuk merubah seseorang kpd orang yang lain.4- Mengatakan sesuatu yang tidak disembunyikan dari umum oleh pelakunya. (Kalau orang itu sendiri mengaku minum arak kpd umum, maka bercerita tenatang dia minum arak tidak akan dikira mengumpat).5- Mengenal pasti seseorang dari seseorang yang lain(tidak tahu nama , sebut je perkara yg dia pernah buat , org akan kenal).6- Bertanya pendapat tentang hukum sesuatu perkara.




26. Sabda baginda SAW: "Dua perkara sangat dibenci oleh manusia ; mati , walhal mati itu terlebih baik baginya daripada fitnah ; sedikit harta , walhal sedikit harta itu mengurangkan hisabnya di hari qiamat." - Hadis Riwayat Ahmad.




27. Sabda Nabi SAW : "Tiada seorang yang berjalan didalam air kecuali basah kedua kakinya ; begitulah bagi mereka yang mencari dunia , tidak aman atau selamat dari beberapa dosa." - Hadis Riwayat al-Baihaqi daripada Anas.-Sumber : Tajzibu Athraf al-Hadith




28. Sabda Nabi SAW: "Berkata bagiku Jibril : Bahawasanya kamu tidak masuk dirumah mana yang ada padanya gambar atau anjing" - Hadis Riwayat al-Bukhari




29. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. - al-Isra' : 36




30. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. - al-Hujurat : 11




31. Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. - Ali-`Imran : 104




32. Sabda baginda SAW : "Telah aku pohon akan Rabbku tiga perkara, tetapi diberi-Nya kepadaku akan dua dan ditegah akan aku seperkara : Aku pohon kepada Tuhanku bahawa umatku itu tidak dibinasakan dengan kemarau , maka permintaanku itu diqabulkan dan aku pohon akan Tuhanku bahawa umatku itu tidak dibinasakan dengan tenggelem , maka dikabulkan juga. Dan aku pohon kepada Tuhanku, bahawa tidak disegera akan berbunuh-bunuh sesama mereka , maka ditegah-Nya akan daku." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim




33. Sabda Baginda SAW : "Tiga lelaki ini dikasih oleh Allah Ta'ala akan mereka itu ; lelaki yang mana bangun ditengah malam membaca al-Qur'an , dan lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya tetapi tidak diketahui oleh kirinya (kinayah daripada riak) dan lelaki yang adalah ianya di dalam peperangan , maka tertewas oleh taulannya maka ia masih berhadap dengan seterunya (tidak lari dari medan perang)" - Hadis Riwayat at-Tirmizi




34. Sabda Rasulullah SAW : "Jauh oleh kamu daripada tamak , kerana tamak itu mendatangkan perasaan kepapaan yang bersentiasa" - Hadis Riwayat ath-Thabarani




35. Sabda baginda SAW: "Bermula malu itu tidak datang ia melainkan dengan kebajikan" - Hadis Riwayat Muslim




36. Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya.” - Hadis Riwayat at-Tirmizi




37. Nabi SAW bersabda : “3 golongan yang tidak diterima solat mereka : lelaki atau satu kaum yang mereka ini dibenci, wanita (isteri) yang dimurkai oleh suaminya dan dua saudara yang bermusuh-musuhan.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah




38. Nabi SAW bersabda : "Seorang mu'min adalah orang yang membuat orang lain berasa aman atas harta dan jiwa mereka. Dan seorang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan kesalahan dan perbuatan dosa" - Hadis Riwayat Ibnu Majah




39. Sabda baginda SAW : "Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (aniaya) dan yang dizalimi." Mereka bertanya ; "Ya Rasulullah , jelas kami faham akan menolong mereka yang dizalimi, tetapi bagaimana harus kami menolong orang yang berbuat zalim?" , baginda bersabda : "Peganglah tangannya (agar tidak melakukan kezaliman)" - Hadis Riwayat Bukhari




40. Dari Abu Hurairah R.A, Baginda SAW bersabda : "Wangian-wangian bagi lelaki ialah yang nyata baunya dan sembunyi warnanya , manakala haruman-haruman bagi wanita ialah yang nyata warnanya dan yang tersembunyi baunya." - Hadis Riwayat an-Nasa'i , al-Baihaqi , dan at-Tirmizi.




41. Sabda Nabi SAW : "Mana-mana perempuan yang memakai wangian lalu ia melalui orang ramai supaya mendapat mereka mendapat baunya (menghidunya) maka dia (perempuan tersebut) adalah penzina." - Hadis Riwayat an-Nasa'i




42. Habibullah SAW bersabda : " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta pasti dia inginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-pamah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim




43. Kekasih Allah SAW bersabda : "Berkata-kata keji (mencarut) adalah sejenis sikap kasar manakala sikap kasar balasnya ialah neraka" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim




44. Sabda Baginda SAW : "Barangsiapa yang terbunuh mempertahankan hartanya dalam keadaan dia dizalimi , maka bagi dirinya Syurga" - Hadis Riwayat an-Nasa'i




45. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang terbunuh mempertahankan hartanya , maka ia adalah syahid , barangsiapa yang terbunuh mempertahankan keluarganya , maka ia adalah syahid, barangsiapa yang terbunuh mempertahankan agamanya , maka ia adalah syahid , barangsiapa yang terbunuh mempertahankan darahnya maka ia adalah syahid" - Hadis Riwayat an-Nasa'i




46. Sabda baginda SAW : "Brangsiapa yang terbunuh mempertahankan sesuatu yang dizalimi darinya, maka ia adalah syahid" - Hadis Riwayat an-Nasa'i




47. Sabda baginda SAW : "Bahawasanya ahli kebajikan di dunia ini merekalah ahli kebajikan di akhirat , dan bahawasanya yang terlebih dahulu sekali masuk ke syurga ialah ahli-ahli kebajikan" - Hadis Riwayat ath-Thabrani




48. Sabda baginda SAW : "Bahawasanya Alla Ta'ala kasih apabila berbuat seseorang itu akan suatu pekerjaan yang diperelokkan oleh dia (teliti , bersungguh)" - Hadis Riwayat ath-Thabrani




49. Sabda Kekasih Allah , Muhammad SAW : "Bahawasanya Allah Ta'ala berfirman : Aku beserta hamba-Ku selama dia menyebut akan Aku dan bergerak-gerak dua bibirnya (zikir)" - Hadis Riwayat Ahmad




50. Nabi SAW pernah bersabda : "Tiga (perkara) yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapat manisnya iman; mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada yang selain keduanya. Dan siapa apabila mencintai seseorang , tidak dia mencintainya melainkan kerana Allah Azza Wajalla. Dan siapa yang benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilemparkan dirinya ke neraka." - Hadis Riwayat Bukhari




51. Sabda baginda SAW : "Allah berfirman: Aku berada pada sangkaan (prasangka) hamba-Ku terhadap-Ku , dan Aku bersamanya apabila dia menyebut-Ku (zikir)" - Hadis Riwayat at-Tirmizi




52. Sabda Baginda SAW : "Bermula yang berkasih-kasih kerana Allah itu tempatnya di atas kerusi yang diperbuat dari permata yaqut disekeliling `Arasy" - Hadis Riwayat ath-Thabrani




53. Sabda Baginda SAW : "Orang yang berpegang dengan Sunnahku di waktu kebinasaan umat-umatku, berpahala mati syahid" - Hadis Riwayat ath-Thabrani




54. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang memberi tangguh pada penghutangnya atau dilepaskannya sama sekali (menghalalkan hutang penghutangya) , adalah dia di dalam naungan `Arasy pada hari qiamat" - Hadis Riwayat Muslim




55. Nabi Muhammad SAW ditanya; : "Siapakah mu'min yang paling sempurna akan imannya?" , Baginda bersabda : "Seseorang yang berperang di jalan Allah dengan jiwa serta hartanya , serta orang yang beribadah kepada Allah di sebuah lembah dan orang-orang yang terhindar dari keburukan dirinya" - Hadis Riwayat Abu Daud.




56. A slave does not have ego. A slave speed humility. If you have an egotistical attitude , you have not accepted yourself as a slave. - Ustaz Nourman Khan




57. Sabda baginda SAW : "Syuhada' itu ada lima ; orang yang terkena wabak penyakit Tha'un (seksa yang datang dari Bani Israil) , orang terkena penyakit perut (sakit perut) , orang yang tenggelam (lemas) , orang yang ditimpa runtuhan bangunan , dan yang mati Syahid di jalan Allah." - Hadis Riwayat Bukhari.




58. Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a ; Rasulullah SAW bersabda :"Amat buruklah seseorang daripada kamu mengatakan, "Aku lupa ayat ini dan ini" akan tetapi (katakanlah), "Aku telah dilupakan". Dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” - Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim




59. Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mendengar satu ayat dari al-Qur'an, nescaya ditulis baginya kebajikan yang berganda-ganda. Dan barangsiapa baca satu ayat dari al-Qur'an, adalah baginya nur di hari qiamat" - Hadis Riwayat Ahmad




60. Nabi SAW bersabda : " Bertanya Nabi Allah Musa Ibnu Imran : "Ya Tuhanku, siapakah semulia-mulia hamba-Mu disisi-Mu?" ; Berfirman Allah SWT : "Ialah mereka yang berkuasa (berhak) untuk memurkai (memarahi) , tetapi dia tidak memarahi (orang itu) malah diampunkan (orang itu)" - Hadis Riwayat al-Baihaqi




61. Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pernah menulis surat perintah untuk pasukannya, “Sesungguhnya kalian mendapat kemenangan dan musuh-musuh kalian dapat dikalahkan tidak lain hanyalah kerana ketaatan kalian kepada Allah dan maksiat mereka kepada Allah. Jika kalian berbuat maksiat kepada Allah, maka kalian sama dengan mereka. Dan yang akan menang adalah mereka yang mempunyai kekuatan material. Namun jika kalian patuh kepada perintah Allah dan mereka melakukan maksiat, maka kelompok yang taatlah yang akan beroleh kemenangan."




62. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” - Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi




63. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” - Hadis Riwayat Bukhari




64. “Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin kerana kecantikan itu membuat kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana harta atau takhtanya mungkin sahaja harta atau takhtanya itu akan membuatkan kamu melampaui batas. Akan tetapi, nikahilah wanita kerana agamanya. Sebab, seorang wanita yang solehah, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama.” - Hadis Riwayat Ibnu Majah




65. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berinfak di jalan Allah , ditulis bagi dirinya tujuh ratus lipat kebaikan." - Hadis Riwayat at-Tirmizi




66. Rasulullah SAW bersabda : “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” - Hadis Sahih Riwayat Ahmad(4875), At-Tirmizi(2507), Ibnu Majah(4032), Abu Daud(1975) ---




67. Sabda baginda SAW : "Barangsiapa ditanya akan suatu ilmu (pengetahuan) yang dia ketahuinya kemudian dia merahsiakannya, maka dia akan dicambuk (dipukul dengan cemeti) dengan cambuk (cemeti) dari Neraka" - Hadis Riwayat at-Tirmizi




68. Semua amal bergantung pada niat. Jikalau niat terpesong kearah dunia , maka dunialah yg menjadi temannya. Jikalau akhirat menjadi matlamat , maka diakhiratlah dia berbahagia.




69. Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigalah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu. - Saiyidina Umar al-Khattab RA




70. "You cannot have an Islamic state insofar as you have an Islamic society" - Hasan Turabi




71. “Hati yang jujur dan doa untuk kebaikan ialah tentera yang tidak terkalah”. -- [Ibnu Taimiyyah]




72. Sabda baginda SAW : "Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” Muttafaqun alaihi – HR Bukhari dan Muslim.




73. Tegakkan negara Islam didalam diri kamu nescaya ia akan tertegak diatas tanah air kamu. - Imam Hassan al-Hudaibi




74. ”Cukuplah bagi orang itu disebut pembohong apabila dia membicarakan setiap yang dia dengar,” (Hadis Riwayat Muslim)




75. The person who says it cannot be done should not stop the person who is doing it. - Chineese Proverb




76. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. - an-Nisa : 61




77. Sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesungguhnya , engkau tidak meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik daripadanya bagi engkau" - Hadis Riwayat Ahmad




78. "Aku bimbang untuk tidur disiang hari kerana takut urusanku dengan manusia tidak selesai , aku bimbang untuk tidur dimalam hari kerana takut urusanku dengan Allah tidak selesai." - Amirul Mu`minin , Umar al-Khattab RA




79. Take the Past as a lesson , to improve the Present , to change the Future.




80. Rasulullah SAW melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." - Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah.




81. When we hit our lowest point, we are open to the greatest change.




82. "Tidak ada suatu dosa sesudah menyekutui Tuhan , yang lebih besar disisi Allah daripada mani yang dihantarkan dari seorang lelaki kepada rahim yang tidak halal baginya." - Hadis Riwayat Ibnu Abi Dun`ya




83. Diangkat beban taklif daripada 3 macam (jenis) manusia ; dari seorang yang tidur sehinggalah dia bangun , dan dari seorang kanak-kanak sehingga dia mimpi (baligh) , dan dari seorang gila (tidak berakal) sehingga dia sedar (sihat) kembali. - Hadis Riwayat Abu Daud , at-Tirmizi.




84. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya..." - Hadis Riwayat An-Nasai




85. Tiga tahap pembersihan hati : 1-Takhalli : Membebaskan hati daripada godaan dan cinta kepada Ad-Dunya.

2-Tahalli : Apabila hati telah bebas dari Ad-Dunya , maka diisi didalamnya dengan zikir kepada Allah dan mencari redha-Nya

3-Tajalli : Tahap dimana kebahagian sejati telah menyuburi sanubari. Dia bahagia hanya dengan redha Allah. Mereka dikatakan telah mencapai darjat Waliyullah. -Wallahu`alam. Sumber: Ust. Abdul Muhsien Sulaiman.




86. Sabar itu terbahagi kepada 4 :1. Sabar didalam membuat kebaikan.2. Sabar didalam meninggalkan kejahatan/maksiat.3. Sabar dengan ujian dan musibah. 4. Sabar didalam melakukan maksiat.Miliki 3 yang pertama , kikiskan 1 yg terakhir , Insya Allah anda pasti berjaya.




87. Sabda baginda SAW: "Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan (pertikaian) antara manusia, kemudian berkata yang baik dan menyampaikan yang baik. ". Ibnu Syihab berkata, "Aku tidak pernah mendengar diperbolehkan (dusta) yang diucapkan manusia kecuali dalam 3 hal, iaitu(1: dusta dalam) peperangan(2: dusta dalam) mendamaikan (pertikaian) antara manusia(3: dusta dalam) perkataan seorang lelaki kepada isterinya dan perkataan seorang wanita kepada suaminya" - Hadis Riwayat Muslim




88. Kalau kamu tidak mampu berbuat ibadat , maka jangan pula kamu berbuat maksiat!- Dr. Abdul Basit Abd. Rahman




89. Sabda Rasulullah SAW: "Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang." - Hadis Riwayat Bukhari




90."Golongan al-Murji`ah ini golongan sesat yang dimana memisahkan iman dan amal. Bagi mereka apabila telah lafaz syahadah , tahap iman steady macam para malaikat dan para sahabat. Nak buat amal atau tidak itu hak kebebasan mereka sebagai manusia. Ini harus kita awasi dan prihatin pada era ini. Sekular , Liberal turut termasuk dibawah kategori ini." - Dr. Abdul Basit. Abd. Rahman.




91. "Nikmat yang paling besar yang telah Allah Azza Wa Jalla berikan pada kita, Usul an-Nikmah , ialah nikmat beriman pada Allah SWT. Dalam berjuta-juta manusia , berapa ramai yg beriman? Dan dalam ramai-ramai yg beriman , berapa ramai yg benar-benar mengenali Allah SWT? Cuba jawab soalan ini dalam hati." - Dr. Abdul Basit Abd. Rahman, di MKIM , 28 Jun 2012.




92. Kita diakhir zaman perlu lebih mengingati mati. Kerana Dzikr al-Maut , menutup jalan maksiat , dan membuka jalan taqwa.




93. Lelaki yg boleh jd pemimpin bukan yg tiada sejarah krisis, tetapi yg mempunyai byk krisis tp berjaya diselesaikan dgn bijak.- Ust Wan Ji.




94. "Ketahuilah, barangsiapa yang melakukan kezaliman kepada orang kafir [yang ada perjanjian] atau mengkurangkan [haknya] atau memberi tekanan kepadanya yang luar dari kemampuannya atau mengambil sesuatu darinya tanpa cara baik, maka aku berhujjah dari pihaknya pada hari akhirat kelak" - Hadis Riwayat Abu Daud.




95. Sabda Baginda SAW : "Sesungguhnya jika ditusuk kepala seorang dari kamu dengan jarum adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." - Hadis Riwayat ath-Thabrani dan al-Baihaqi




96. Sabda baginda SAW : "Memaki Muslim itu berdosa besar dan memeranginya adalah kufur" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim




97. "Iman yang paling utama ialah sabar dan murah hati"- Hadis Riwayat ad-Dailami




98. Sabda Rasulullah SAW : " Apabila datang kepadamu orang yang engkau redhai akhlaq dan agamanya, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu klakukan demikian akan berlakulah fitnah dibumi dan kerosakan yang besar." - Hadis Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah , dan al-Hakim.




99. Rasulullah SAW melarang seorang wanita mensyaratkan (meminta) supaya madunya diceraikan. - Hadis Riwayat Bukahri dan Muslim




100. Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. - adz-Dzariyat : 55




101. Sabda baginda SAW : "Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi kebajikan orang mu'min. Diberikannya kebajikan itu didunia dan diberikan balasannya diakhirat. Adapun orang kafir diberi makan dengan kebajikan-kebajikan yang tidak dikerjakannya kerana Allah didunia sehingga apabila ia diakhirat tidak ada lagi kebajikan yang akan diberikan sebagai balasan." - Hadis Riwayat Muslim.




102. Rasulullah SAW bersabda : " Sesunggguhnya Allah Tabaraka Wa Ta`ala membebaskan umatku dari apa-apa yang dibisikkan hatinya selama tidak mempercakapkannya atau melakukannya" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




103. "You preach , but you do not listen. You sharpen the iron , but you do not let yourself be sharpen." - Ahmad al-Ghazali , brother of Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali. A sentences that knocks the very consciousness of my mind into the reality of what I am now.




104. "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - al-Baqarah : 44



105." Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" - as-Saff : 2



106. Rasulullah s.a.w berkata, "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berkata, "Orang yang berdoa kepada Aku, Aku akan menerima permintaannya. Orang yang meminta keampunan daripadaKu, Aku akan mengampuninya". "- Hadis Riwayat Muslim.

2 Things I learn from the movie "Alchemist of Happiness"

Ini sebenarnya my RIM assignment that assigned by Madam `Adila, jadi alang2 saja nak share (sbb lama tak post pape). Baca la kalau rajin.
Berdasarkan documentary movie about Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali : 
"Alchemist of Happiness"

----------------------------------------------------------------------------------------------

1. The Knowledge of Senses is not infallible.

       In the movie “the Alchemist of Happiness” , it is stated that the knowledge is divided into group. One of the knowledge is the sensory knowledge. With this knowledge we can perceive whether it is hot or cold , dark or bright , fragrant or foul and others. It is a knowledge that base on the precision of our senses in our daily life. But Imam al-Ghazali realizes that this knowledge was not infallible. It is due to the fact, every one of our senses can be deluded in illusions by some factors. For an example he gave, a feverish man can’t decide whether it is hot or cold. It is due to his sense of touch that differentiates heat and cold was distorted when he had the fever. Another example , was the Sight. As stated by Imam al-Ghazali , sight is our most powerful sense. By looking at something, when our mind observing something and perceive what it is, the concept perspective and reason was born. But it is a fact that sight can tell lies. This is when Imam al-Ghazalli realizes when we look at the sundial, it told us that the shadow doesn’t move. But in an hour later , we realized that it is not true. The shadow is moving , not by fits and start , but gradually and steadily by infinitely small distances. So he started questioning whether it is a fact or not, that our senses were deceiving us. This resulting the formation of doubt in his mind.

       When Imam al-Ghazali, found that the sensory knowledge can be deluded into some kind of illusion, he thought about the other knowledge, the Knowledge of Reason. So, he began to examine all of his rational knowledge, and start to realize that the sensoria and the reason of a man can be deluded. He discovered that the senses were not invaluable because the reason and the intellect of a man can also be in deluded state. We could actually be thinking something to be true, and refused our ability to doubt when in fact it is actually false. He began to doubt and willing to sacrifice anything in other to get the surest certitude. In the end, his heart was healed by Allah with His Guidance. It was the divine illumination by the Most Supreme; Imam al-Ghazali overcame his bout of scepticism.

       It is a fact that when we doubt to the world, and started the search for certitude to gain the certainty, we must return to Allah for His Guidance was the only solution to our doubts. The Revelation of the Scripture is the only healer to our heart that longing for certainty.



2. The importance of Iman and Faith in God in our Soul.


       By nature a man is the worshipper of God. It is in our nature to seek for illumination. It is in our nature to rely on the Creator. By nature, our soul tends to seek for certitude and started questioning on everything, thus doubts was formed. These doubts create “pain” in our soul. Imam al-Ghazali found his doubt but later it was healed by the Most Supreme through His Guidance that was cast inside his chest, proving that it can only be healed by His Guidance. The knowledge of God is the knowledge of Knowing and believes the God. Therefore, the concept of faith was born. Faith or iman is an essential substance that satisfies the hollow space in the soul, the only substance that can close up the gap between a man and His God. It is the only substance that bring us closer to God , to Allah, therefore God’s Concern or pleasure has become the Ultimate Purpose in our life.



        It is when we discarded the Ultimate Purpose in our life, we will seek for a substitute. It is impossible for a mere human soul can “live” with emptiness in his heart. Therefore, we will take the world to fill up the gap and feed it to our soul. But, our soul is an infinite hollow space that resides in a flesh. It has no boundary. It has no limit. When we take something else as the substitute for an example entertainment, it will eventually come to an end one day, where we will start to search for another substitute to feed our soul and satisfies the need of our heart. This is why Iman or faith is important; due to Iman is an infinite substance, the only substance created by Allah that can fulfilled and satisfy the soul to the end of a man. It has no shape. It has no definite amount. It will stretch and filled up the soul, healing the “pain” in the soul. It is only reasonable and logical that , an infinite hollow space can only be occupied by infinite substance that has no definite amount. 


           Due to our human nature , faith is common to us. Those who rejected faith or Iman, he rejected his own need of soul. Whoever puts the world as the substitute iman, he will tends to find boredom and once again put to an infinite cycle of finding the substitute, and eventually in the end he will found that Iman or faith is the only thing that resides in the soul and occupy it without needing to search for other substitute.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
THE END

Monday, June 25, 2012

Larangan menggulung pakaian ketika Solat.



Larangan Menggulung/Menyinsing/Melipat Pakaian Ketika Shalat



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلَا الشَّعْرَ



Maksudnya: Daripada Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah berkata: Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari-jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)



Imam Bukhari membuat judul Bab Laa Yakuffu Tsaubahu fish Shalah – Jangan Menahan Pakaiannya Di Dalam Shalat. Sedangkan Imam Muslim membuat judul Bab A’dha As Sujud wan Nahyi ‘an Kaaffi Asy Sya’ri wats Tsaubi wa ‘Aqshir Ra’si fish Shalah – Anggota-anggota sujud dan larangan menahan rambut, pakaian, dan menjalin rambut kepala di dalam shalat.



Maksud dari menahan pakaian adalah syammara (menyingsingkan), sebagaimana diterangkan oleh para pensyarah seperti Imam An Nawawi dan lainnya. Menyingsingkan bisa dengan melipat atau menggulungnya dengan tujuan agar pakaian tidak menjulur. Zaman ini, biasanya dilakukan pada lengan baju atau celana panjang. Biasanya menggulung lengan baju dan celana panjang dilakukan ketika hendak wudhu, agar pakaiannya tidak ikut basah dan anggota badan wudhu bisa dibasuh dengan sempurna. Namun, tidak sedikit yang lupa untuk menjulurkan kembali seperti sediakala. Ada juga yang melipat lengan baju ketika di luar shalat, baik ketika bekerja, di kantor, bahkan ada yang untuk bergaya. Ada juga yang merupakan bentuk baku uniform (seragam), seperti seragam militer dan brimob, yang lengannya digulung hingga di atas siku. Semua ini tidak masalah dilakukan di luar shalat.



Imam An Nawawi Rahimahullah menjelaskan:



فكل هذا منهي عنه باتفاق العلماء وهو كراهة تنزيه فلو صلى كذلك فقد أساء وصحت صلاته واحتج في ذلك أبو جعفر محمد بن جرير الطبري بإجماع العلماء وحكى بن المنذر الإعادة فيه عن الحسن البصري ثم مذهب الجمهور أن النهي مطلقا لمن صلى كذلك سواء تعمده للصلاة أم كان قبلها كذلك لا لها بل لمعنى آخر وقال الداودي يختص النهي بمن فعل ذلك للصلاة والمختار الصحيح هو الأول وهو ظاهر المنقول عن الصحابة وغيرهم



"Maka, semua ini adalah terlarang menurut kesepakatan ulama, yaitu larangan makruh tanzih. Jika dia shalat seperti itu, maka dia telah berbuat buruk, meskipun shalatnya tetap sah. Dalam masalah itu, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath Thabariy berhujjah dengan ijma’ (kesepakatan) ulama. Sedangkan Ibnul Mundzir menceritakan dari Al Hasan Al Bashri bahwa wajibnya mengulangi shalat. Kemudian, menurut madzhab jumhur bahwa larangan itu berlaku mutlak bagi orang yang shalat dalam keadaan seperti itu, sama saja apakah dia sengaja melakukannya untuk shalat atau dia melakukan sebelumnya untuk maksud lain. Ad Dawudiy berkata, "Larangan itu hanya khusus bagi orang yang menyengaja melakukannya untuk shalat.” Pendapat yang shahih adalah pendapat yang pertama. Itulah pendapat yang nampak yang dikutip dari sahabat atau yang lainnya". (Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 4/209. Cet. 2, 1392H. Dar Ihya At Turats Al ‘Arabi. Lihat juga Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 4/98. Darul Fikr)



Imam Malik Rahimahullah mengatakan – sebagaimana pendapat Ad Dawudi:



النهى مختص بمن فعل ذلك للصلاة



Larangan tersebut khusus bagi orang yang melakukan itu untuk shalat. (Al Majmu’, 4/98)



Maksudnya, menurut Imam Malik jika ada orang hendak shalat lalu dia menyengaja menggulung pakaiannya untuk shalat, itulah yang dilarang. Ada pun jika dia menggulungnya ketika kerja, atau maksud dan alasan lainnya, kemudian dia shalat, maka itu bukan larangan yang dimaksudkan. Sebab gulungan tersebut sudah dia lakukan dalam keperluan lainnya. Sementara Imam An Nawawi sendiri lebih membenarkan pendapat yang melarang secara mutlak, baik dia menyengaja, atau dia melakukannya ada maksud lain. Larangan tersebut bukan bermakna haram, tetapi makruh menurut kesepakatan ulama.



Berkata Syaikh Muhamamd bin Shalih Al ‘Utsaimin Rahimahullah:



وإن كان قد كفه من قبل لعمل قبل أن يدخل في الصلاة، أو كفه لكثرة العرق وما أشبه ذلك فليس بمكروه. أما إذا كان كفه لأجل أنه طويل، فينبغي عليه تقصيره حتى لا يدخل في الخيلاء.



Jika dia menahan pakaiannya sebelum bekerja, sebelum dia shalat, atau menahannya karena banyaknya keringat dan semisalnya, maka itu tidak dimakruhkan. Ada pun jika dia menahannya karena pakaiannya kepanjangan, maka hendaknya dia memotongnya sampai tidak termasuk kategori sombong. (Majmu’ Fatawa war Rasail, 13/221)



Jadi, janganlah orang shalat dengan menggulung lengan bajunya dan celananya, walau itu tidak membatalkan shalat namun itu terlarang dengan larangan bermakna makruh, karena melipat dan menggulung termasuk makna dari menyingsingkan pakaian.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ni copy paste dari kawan. ^^

Monday, June 18, 2012

Garis panduan menilai adat dan `Urf.



Garis Panduan Antara Adat dan `Urf (Kebiasaan sesuatu masyarakat).

1. Adakah adat/`Urf tersebut adalah adat secara total atau ianya berasal dari tuntutan agama? Jikalau ianya berasal daripada agama , wajib ia dipertahankan.
Cth : Adab bersopan dengan ibu bapa.


2. Adakah adat/`Urf tersebut bertentangan atau bercanggah dengan syariat? Jikalau terdapat nas yg mengahalang melakukan adat tersebut , maka wajib kita tinggalkan dan haram kita lakukan. Didalam kata lain , adat tidak boleh mengubah perkara yg berdosa menjadi halal dan sebaliknya.
Cth : Menyembelih haiwan di musin tengkujuh dan dihadiahkan kepada penunggu laut.


3. Antara adab/`Urf dan syariat , pastikan syariat sentiasa dihadapan. Tiada salahnya melakukan adat , tetapi syariat mesti/wajib diutamakan.


4. Tidak dibenarkan telalu ghuluw (melampaui batas) dalam berpegang pada adat/`Urf sehingga tidak mahu berpindah kepada sesuatu yang lebih baik. Ia dibimbangi tergolong dalam golongan al-Mutanatti`un. Cth : Bahasa kasar yg tidak dianggap kasar lebih baik diubah kepada bahasa yg lebih sopan.


Sabda baginda SAW : "Binasalah orang al-Mutanati`un." Baginda mengulanginya sehingga tiga kali - Hadis Riwayat Muslim. Imam Yahya an-Nawawi mentafsirkan al-Mutanatti`un adalah golongan yang melampau batas dan melebih-lebih didalam sesuatu perkara.

-Wallahu'alam. Sumber : Solusi , isu 44.

Thursday, June 14, 2012

Isu Hudud.


---------------------------------------------------------------------------------------

Punca jatuhnya moral agama didalam sesuatu perkara kerana perlakasanaan undang2 tidak lengkap. Sebagai contoh , adalah zina. Ya. Mendidik minda masyarakat agar tidak mendekati zina itu lebih utama tetapi masakan boleh di didik minda masyarakat yang sudah jauh dari Sunnah Nabi? Boleh. Jawapannya boleh. Tiada yg mustahil. Didalam hukuman ada pendidikan. Disitu letaknya fungsi dan impak tarbiyah hudud. Mendidik emosi dan mendidik masyarakat sekaligus memberi dan menyatakan hukuman kepada kesalahan dan pelakunya.

Betul. Jikalau kek tidak diadun , apa gunanya bakar kek? Lainnya dalam kes hudud ini , hudud bukan sahaja berfungsi sebagai hukuman (proses bakar) , tapi juga sebagai salah satu cabang pendidikan moral/mental kepada masyarakat secara umum dan secara keras. Maka ianya adalah salah satu "adunan" didalam mentarbiyah minda masyarakat kearah kesempurnaan pelaksanaan ayat Allah. Solat dan yang lain2 adalah asas yang utama , hudud juga antara asas yang utama kerana ia berkaitan dengan Kalamullah. Lagipun didalam al-Qur'an , tidak dinyatakan bahawa masyarakat perlu benar2 sempurna dalam menjalankan perintah Allah baru perlu laksana hudud. Kerana apa? Kerana perlaksanaannya termasuk sekali didalam kesempurnaan menjalankan perintah Allah. Maka bagaimana kita ingin mencapai kesempurnaan perintah Allah , kalau bahagian ini (hudud) ditinggalkan?

Dan sesiapa pun tidak boleh berkata , "Betulkan solat dulu , baru cerita hudud. Betulkan puasa dulu , baru cakap pasal hudud. Zakat pun tak keluar , nak cerita pasal hudud?" Tidak boleh. Kerana apa? Kerana Solat/Puasa/Zakat/Hudud/Rukun Iman/Rukun Islam/Aqidah adalah asas utama kesempurnaan perintah Allah, tetapi perlaksanaannya adalah berbeza. Sbg contoh, bolehkah kita berkata , " Solat tu betulkan dulu , baru cerita pasal puasa/zakat." Sudah tentu tidak.
"Laa , itu rukun Islam , mana boleh samakan dgn hudud yg bukan rukun Islam." Di situ kita ada silap sedikit. Ya , hudud bukan rukun Islam , tetapi ia rukun Iman. Dibahagian mana? Dibahagian Beriman dengan Kitab Allah. Bila kita sebut beriman dengan kitab Allah bermakna :
1. Kita membenarkan dengan hati , bahawa kitabullah itu adalah benar, isi al-Qur'an , baik ayat berupa ayat hukum atau ayat peringatan adala semuanya benar.
2. Kita melafazkan dengan lidah , kita akui dengan percakapan bahawa Kitabullah itu semuanya benar. Ini membenarkan dengan lisan kita bahawa isi al-Qur'an , baik ayat berupa ayat hukum atau ayat peringatan adala semuanya benar.
3. Kita buktikan dengan perlakuan , kita lakukan segala-galanya yang ada didalam Kitabullah tadi. Ini juga termasuk mendirikan  solat, membayar zakat , berpuasa , menjalankan qisas& hudud , melakukan amar ma'ruf wa nahi mungkar. Baru betul terbukti dengan perlakuan.



Maka disini sudah jelas bahawa , perlaksanaan hudud adalah sebahagian dari kesempurnaan didalam perlaksanaan perintah Allah. Maaf jikalau terkasar bahasa. Ini pandangan saya dan ini juga adalah pandangan Ust. Haji Zulkarnain Hamzah (rasanya kenal kot, pengacara Imam Muda) ketika saya bersama dengan beliau di umrah. Dimana beliau menceritakan perkara ini di Masjid Qisas , Jeddah. Cuma saya mengambil isi beliau dan isi Ust Azhar Idrus dan olahnya didalam ayat saya. Maaf didalam kekurangan bahasa dan ilmu. Dan sebenarnya banyak lagi yang beliau ceritakan dengan pelbagai ayat Al-Qur'an serta Hadis , tetapi saya ini tidak berilmu seperti Ust. Zulkarnain dan Ust Azhar Idrus.

Akhir kata,
Seperti besi yang berkarat , tidak akan luntur karat jika dilap dengan tisu yang lembut , melainkan digosok dengan kertas pasir yang kasar. - Ust Azhar Idrus.

Tuesday, June 12, 2012

Penenang Hati buat diri kita.



Penenang hati. Penyejuk jiwa. Pengubat rindu. Penghapus lara. Itulah dia , zikir namanya.

Wednesday, June 6, 2012

Hakikat Usaha , Doa , dan Hasil.



Bila Allah berfirman , : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doamu." Al-Ghafir:60, Allah suruh kita berdoa.


Bila Allah berfirman , : "...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." Ar-Ra'd : 11, Allah menyuruh kita berusaha.


Bila Allah berfirman , : "Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam." : At-Takwir : 29 , ini bermakna usaha serta doa kita tertakluk kepada Allah samada Dia hendak mengkabulkannya atau tidak kerana itu adalah hak mutlak Allah.


Sebab itu , Allah memandang usaha dan doa , bukan hasil sesuatu pekerjaan.

Ini adalah hakikat. Ini adalah realiti. Tiada alasan untuk tidak berusaha. Tiada alasan untuk tidak berdoa. Tiada alasan bagi mereka yg benar2 mencari keredhaan-Nya. Wallahu'alam.

Wednesday, May 9, 2012

Solusi yang sebenar.


This is what I called as a solution to every  Muslim couples on this Earth. :)
Dari buat maksiat , atau menghampiri maksiat , baik nikah khitbah. Terjamin jauh dari murka Allah , jauh dari melakukan dosa serta maksiat.
Ringkasan video :
1. Hukum harus dengan persetujuan kedua belah pihak.
2. Lelaki tidak wajib beri nafkah selagi tidak tamkin (perempuan itu datang ke rumah lelaki)
3. Sebagai cara untuk mengelak dari terlanjur atau melakukan zina.
4. Pengantin duduk/tinggal berasingan  selepas nikah (Contoh sorang kat johor , sorang kat Perlis)
5. Bagus bagi remaja yang masih lagi belajar tapi tidak mampu memberi nafkah.
Wallahu'alam.
-Sekian-

Tuesday, May 8, 2012

Mentajdid niat kearah redha-Nya.

Niat merupakan kunci pada ibadah. Suatu ibadah itu dinilai mengikut niat yang ditetapkan. Kalau niat untuk perkara duniawi , maka perkara dunia yang kita dapat. Kalau niat untuk perkara ukhrawi , perkara akhirat yang kita dapat. Ini telah disentuh oleh Rasulullah SAW dan didengari oleh Saiyidina Umar al-Khattab ,

Rasulullah SAW bersabda : " Hayasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hayasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'" - Hadis Riwayat Muslim.

Haa , kan dah jelas. Niat kita menentukan hasil ibadah kita. Apakah sebaik-baik niat? Kawan aku pernah cakap kat aku pasal perkara ni. Dia kata ,

"Arif , niat kita nak belajar ni kena betul. Niat kita mesti niat yang kekal. Kalau kita niat kerana dunia, memang tak kemana. Walau semulia mana niat tu pun. Contoh, kalau kita niat nak belajar sebab nak tolong mak kita, niat tu kekal sementara mak kita hidup je. Lepas tu? Setiap yang bernyawa pasti pergi, Rep. Itu tak boleh dinafikan. Kalau niat hendak bekerjaya sahaja, lepas dah bekerja kita memang takkan menjenguk ilmu dah. Sebab tu kita mesti niat kerana redha Allah. Itu niat yang kekal, illa abadan abada. Akhirat kita dapat , dunia Allah bagi. Kan lagi bagus?"

Nah! Ambik. Kena lecture dengan seorang pelajar Darul Qur'an (Brother Faris ) baru nak tersedar.

Ya. Niat memang kena kerana redha Allah. Itu hakikat yang pasti. Kerja tanpa mencari redha Allah , hanya mengundang kerugian semata-mata. Bukankah begitu? Redha Allah itu sangat tinggi nilainya. Tidak mampu digambarkan betapa berjayanya dan beruntungnya mereka yang mendapat redha Allah.

-Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar". - Al-Mai'dah : 119

Masih belum terlambat untuk kita perbaharui niat kita. Malahan , perbaharui niat juga merupakan satu perkara yang penting dalam aspek hidup ini. Masakan tidak , jikalau seringkali jiwa kita tergoda dengan dunia lantaran mengikutinya. Silap hari bulan , kita berniat sesuatu perkara itu untuk dunia hingga sanggup menolak hukum Allah , terus mengundang murka dan azab-Nya.

Firman Allah : "Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu redha akan mereka; oleh itu jika kamu redha akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak redha akan kaum yang fasik. " - at-Taubah : 96

 Itu sudah kritikal. Sebab itu kena selalu perbaharui niat. Mentajdid niat kearah redha Allah SWT.

Fikir-fikirkan semula. Untuk apa kita lakukan sesuatu. Untuk apa? Untuk siapa? Kenapa? Betulkah landasan kita? Kalau kita niat kerana dunia , setiap persoalan , lain jawapannya. Kalau niat kerana redha Allah , semua akan berpaksi pada hukum Allah dan syariat agama. Itu baru sempurna. Baru dapat title "Mu'min yang berjaya". Nak tak title ni? Mesti nak punya. Kalau nak, kena usaha. Kita perbaharui niat kita sekarang , Insya Allah , kita pasti berjaya , di dunia , juga di akhirat sana. Insya Allah.

Wallahu'alam.