Saturday, March 3, 2012

Pemikiran Liberal , Virus pemikiran yang sangat berbahaya.

Pernah dengar tentang seorang lelaki bernama Nasr Hamid Abu Zaid? Dia adalah seorang ulama' liberal kelahiran Mesir yang dikatakan murtad akhirnya dan perkara ini disepakati oleh ulama'-ulama' Mesir pada zamannya. Pemikiran beliau yang terlalu "moden" telah meruntuhkan akidah beliau akibat dari pendedahan kepada revolusi pemikiran yang mendalam pada usia muda lagi. Karya- karya beliau dikatakan banyak bercanggah dengan fatwa dan cara hidup seorang Muslim. Sehingga ke akhir nyawa, beliau tetap tidak mahu bertaubat dan masih yakin dengan pegangan beliau. Nauzubillah , moga kita di jauhkan dari perkara-perkara seperti ini.

Pemikiran liberal ini tidak asing lagi dalam sesetengah masyarakat Islam di dunia ini dan sangat berbahaya kepada akidah umat Islam secara keseluruhannya. Ini adalah kerana meliberalkan Islam bermakna memperbaharui hukum Islam sealiran dengan zaman dan kesesuaian hidup , dan ini sangat bertentangan dengan syarak. Beralasankan bahawa agama harus mengikuti masa dan zaman , beberapa golongan pemikir seperti telah melahirkan kekeliruan yang besar dalam sesebuah masyarakat yang akhirnya mengakibatkan perpecahan dan kes-kes murtad.

Perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha-usaha musuh Islam sejak dari peprangan Salib lagi. Ini kerana perpecahan ummah mampu melemahkan Islam dan sekaligus menyumbang kepada kejatuhan Islam di seantero dunia. Mempunyai pengalaman "bertempur" tokoh-tokoh pemimpin Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu membuahkan satu kesimpulan bahawa selagi al-Qur'an dan as-Sunnah di pegang utuh oleh pemimpin dan rakyat negara Islam , menjatuhkan Islam adalah hampir mustahil. Oleh itu , virus pemikiran seperti ini disebarkan oleh mereka agar menjadi "duri di dalam daging" Islam.

Oleh itu para sahabat , awaslah kepada mereka-mereka seperti ini. Pemikiran liberal yang terlalu bebas dan terlalu terbuka tanpa had sudah pasti melanggar syariat dan dan bercanggah sama sekali dengan hukum al-Qur'an. Mereka-mereka ini harus ditentang dan dimusuhi sekeras-kerasnya , namun sebalimnya mereka disanjungi dan dikagumi oleh segelintir umat manusia yang tidak mempunyai asas ilmu agama yang kukuh.

Akhir kata , persiapkanlah diri kita dengan ilmu agar tidak mudah jatuh tersungkur dengan hujah-hujah mereka. Perbanyakkan berdamping dengan para ulama' agar dapat dibimbing sekira sudah jauh tersasar. Moga Allah jauhi kita dari golongan ini , Isnya-Allah.

Friday, March 2, 2012

Ulama' itu pewaris Nabi , maka hormati mereka.

Assalamulaikum wbt ,
Mula2 saya hendak bertanya siapa itu Ulama'? Ulama' adalah mereka yang pakar didalam bidang masing-masing baik dari segi ilmu fardhu kifayah ataupun fardhu ain. Maka itu darjatnya sangat mulia disisi Allah SWT. Sehinggakan Nabi mengatakan bahawasanya mereka-mereka ini pewaris baginda di akhir zaman kelak.

Sabda Rasulullah SAW : "Dan sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris nabi-nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham dan mereka hanya mewariskan ilmu, maka siapa-siapa yang mengambilnya bererti dia telah mengambil bahagian yang sempurna"." -Riwayat at-Tarmizi


Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah. maka, telah jelas bahawasanya mereka ini mempunyai kedudukan yang istimewa di mata Nabi. Ilmu yang ada di dada mereka sangat luas , tiada tolok bandingnya dengan ilmu yang ada pada kita.

Jadi kenapa saya bangkitkan isu ini? Kerana pada suatu hari terdapat seorang hamba Allah yang mengecam seorang ulama' global yang terkenal , yakni Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau ini siapa? Beliau adalah seorang ulama' terkemuka di abad ini kerana ijtihad dan sumbangannya pada menara Islam ini. Fatwa - fatwa beliau semua berlandaskan Al-Qur'an dan as-Sunnah , tetapi mengapa beliau dikecam? Saya pun tidak faham dengan para minda muda zaman sekarang ini , pantang berilmu sedikit , habis semua ulama; hendak dia persoalkan. Luas manakah ilmu kita hendak dibandingkan dengan anak  kelahiran Mesir ini yang sebelum umurnya mencecah 10 tahun , telah menghafaz kalamullah di dalam minda beliau?

Jangan takabbur dengan ilmu yang sedikit. Hormati mereka. Mereka ini pewaris para-para Nabi. Malah darjat mereka berbanding para 'abid jauh sekali.

Sabda Rasulullah SAW :"Kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang yang paling rendah darjatnya di kalangan kamu." - Riwayat at-Tarmizi


Jikalau ilmu didada baru secebis , jangan berani menggegar panji ilmu. Akhir kata, hormati mereka , hargai mereka , sayangi mereka kerana mereka begitu berharga. 
Wasalam.

Thursday, March 1, 2012

Senyum , tidak perlu kata apa-apa. :)

Assalamualaikum ,

Eden nak kobar nih , cee , cakap bahasa ni pulak. Tak reti la pulak. Hari ini kita bercerita tentang senyum. Wah , senyum pun nak cerita ke? Nak senyum , senyum je la. Haha. Cerita macam ini.

Satu hari , telah ditakdirkan saya untuk pergi ke masjid. Kemudian , setelah selesai solat berjemaah di masjid tersebut , salam-bersalamanlah kami antara jemaah. Saya pun salam juga. Salam punya salam,  sambil senyum , sampai dekat satu pakcik ni , mukanya masam aje. Rosak senyuman saya. Haha. Senyuman saya tidak dibalas , maka sedihlah rasa hati ini. The End.

Haaa , tu pasal la nak sangat cerita pasal senyum. Apa la salahnya senyum? Senyum itukan sedeqah. Sabda Rasulullah SAW : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" - Riwayat Imam Bukhari-


Bayangkan. Dunia tanpa senyuman. Dunia tanpa senyuman pasti akan kelam. Dunia tanpa senyuman pasti akan muram. Jadi apa hendak kita lakukan? Mudah. Senyum. Senyum , tidak perlu kata apa-apa.

Mudah kan? Senyuman seorang hamba kepada hamba yang lain boleh mendatang kan rasa selesa pada hati kita. Lagipun itu akan meningkatkan ukhuwah dalam jemaah Islam, jadi apa salahnya? Senyuman itu ringan , cuma hati kata berat. So , lawan la kata hati yang ingin suram kelam menjadi muram , pada senyum happy-go-lucky. 
Akhir kata , selamat senyum semua , moga Allah rahmati semua. Amin. Wasalam.

Lembaran Baru ,Cara Baru.

Assalamualaikum wbt.

Blog~ Lama tidak menulis diatas diri kau wahai , blog. Lama sesangat. Sehingga dah terlupa bahawa engkau wujud lagi. Haha. Tapi , tidak mengapa. Aku dah datang balik, jadi siap sedia la ye. Haha. nak tukar penyampaian atau penulisan la. Kadang-kadang , bila aku baca post aku dulu , aku sendiri pulak takut. Adess. Haha. Ok , cara baru , tidak perlu terlalu serius , atau terlalu santai. Biasa-biasa je. Lagipun , ini kan tuk mereka-mereka yang blogwalking , itupun kalau ada. Nak curah idea dimana kalau tidak disini. Betul tak , blog? haha. K , Wasalam.