Tuesday, December 25, 2012

Solat Jemaah - Kitab al-`Umm karangan Imam asy-Syafi`e



Didalam Kitab al-`Umm karangan Imam asy-Syafi`e Rahimahumullah Ta`ala memberi komen ,

"Didalam setiap Solat jemaah yang dikerjakan oleh seseorang, baik dirumahnya atau di masjid kecil atau besar, sedikit jemaahnya atau banyak, maka hal itu telah memadai."

-Ini bermaksud solatlah berjemaah walaupun hanya sedikit bilangannya walaupun hanya dirumah. Menunjukkan betapa pentingnya untuk berjemaah.

Berkata Imam Syafi`e Rahimahumullahu Ta`ala bahawasanya diriwayatkan dari Ibnu Umar pernah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ;

"Solat jemaah lebih utama dua puluh darjat daripada solat bersendirian." - Hadis Riwayat Imam al-Bukhari , no. 1038 kitab Shahih al-Bukhari, bab Keutamaan Solat Jemaah.

Imam Syafi`e rahimahumullahu Ta`ala berkata lagi : Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Solat bersama Imam itu lebih utama dua puluh lima kali berbanding solat yang dilakukan sendirian." - Hadis Riwayat Bukhari , no. 1037 kitab Sahih al-Bukhari , bab keutamaan Solat Jemaah.


Imam Syafi`e berkata lagi , "Tiga orang atau lebih apabila salah seorang telah dimami oleh salah satunya, maka telah dianggap berjemaah. Aku berharap agar apabila ada dua orang, salah satu daripadanya mengimami yang lain. Tidak aku sukai seseorang yang meninggal jemaah meskipun dikerjakan hanya bersama dengan isteri, budak(hamba) , ibu atau sebahagian anaknya dirumah kerana sesungguhnya solah berjemaah adalah apabila mereka yang melaksanakan solat dipimpin oleh seseorang."

Katanya lagi, "Apabila seseorang menjadi imam kepada seseorang, maka hal ini disebut solat berjemaah. Setiap kali jumlah jemaah semakin banyak maka hal itu lebih aku gemari dan memiliki keutamaan. Insya-Allah."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh berjemaah! Insya Allah, Allah akan menambah rahmat-Nya keapda kita.